2011 3.a.

Nyatakan dua faktor yang mendorong kegemilangan kerajaan bani Umaiyah.
faktor yang membawa kepada kegemilangan pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah
  • Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah dalam mentadbir dan memajukan negara
  • Kecintaan yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dalam kalangan pemerintah dan rakyat jelata
  • Kestabilan ekonomi yang membolehkan banyak pembangunan dan kemudahan disediakan untuk rakyat
  • Kekuatan barisan tentera yang sanggup mempertahankan tanah air dan menyebarkan dakwah
  • Wujudnya hubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat
  • Semangat jihad yang tinggi di kalangan umat Islam pada zamannya
Jelaskan dua kesan positif  kegemilangan kerajaan bani Umaiyah terhadap masyarakat zaman itu.

Kesan positif kegemilangan pemerintahan Bani Umaiyah terhadap masyarakat pada zaman itu.
  • Lahirnya sarjana-sarjana Islam yang pakar /dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
  • Peningkatan ekonomi rakyat /melalui usaha yang dilakukan oleh khalifah
  • Rakyat dapat menikmati kemudahan/ yang disediakan oleh kerajaan